Saturday 26 May 2012

Saya punya hobi : Tengok harga emas

Kerana saya budak akaunt di UNITEN, saya akan post banyak pasal ekonomi, kalau korang nak tahu saya ada habit yang pelik sejak form 4, masa dekat MRSM Batu Pahat dulu saya ada baca bahagian ekonomi di BH, pakar ekonomi kata harga emas akan naik sampai RM 220 akhir tahun itu,  waktu tu harga emas dalam  RM 140 jee, so saya macam tak percayalah, jadi sejak hari itu saya kalau nampak surat khabar saya akan tengok bahagian ekonomi, harga emas tu ada dekat bahagian atas belah kanan page tu. Tapi malang, hujung tahun tu saya tengok harga emas paling tinggi pun RM 216 jee, kurang RM4 dari apa yang diaorang target, sejak hari itu saya akan tengok harga emas kalau ada kesempatan dengan harapan akan cecah jugak suatu hari RM220, tetapi belum lagi, takpa suatu hari pasti akan naik jugak sampai RM220

2 comments:

  1. masalahnye lepas kau baca tu kau akan cerita kat aku yang x bape berminat nak dengar =="

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bercerita supaya ada orang yg minat ngan EMAS

      Delete