Tuesday 27 November 2012

Kenapa duit kita dekat bank dapat interest?

       Kalau korang nak tau sekarang duit korang yang dekat dalam buku akaun bank korang just on figure jee. Duit korang bukanya disimpan dekat dalam peti besi bank tu, tetapi bank itu dia kasi pinjam dekat pelangan dengan kadar interest yang lebih tinggi daripada korang dapat. Jadi perbezaan kadar interest itu akan jadi keuntungan bank dan digunakan untuk bayar gaji pekerja diaorang. Jadi duit korang bukanya selamat dekat dalam bank tu pun, kalau bank tu rugi seterusnye muflis sebab pelangan bank tersebut tidak bayar balik duit yang dia pinjam kepada bank itu, duit korang yang korang simpan dekat dalam bank tu kira burn je lah. Jadi sesiapa yang simpan duit dekat dalam bank pon ada jugak dia punya risiko yee. Jadi saya disini juga membangkang statement  pensyarah saya cakap bahawa duit yang disimpan di dalam bank tidak bergerak di dalam pasaran. Ini kerana duit yang disimpan didalam bank akan dikeluarkan balik oleh bank kedalam pasaran dalam bentuk pinjaman.  Jadi adalah lagi bagus kalau korang labur korang punya duit sahaja, pulangan yang korang dapat nanti bukanya haram macam interest yang korang dapat dari bank itu.

 Lagi satu sebab ialah inflasi. Inflasi ini adalah nilai duit semakin berkurang, contohnya 10 tahun lepas roti canai baru je50 sen, tetapi sekarang satu seringgit. Jadi bank ne kata dia nak kasi nilai duit korang sama lah tanpa dijejaskan oleh inflasi. Tetapi apa pulak berlaku kalau diflasi, maksudnya nilai duit korang semakin bertambah, terbalik dengan inflasi. Adakah duit korang kat dalam bank nanti kene potong?? Haha pikirlah sendiri..

Monday 26 November 2012

Tepat ke figure accounting ne?

Assalamualaikum semua,
        Hari ini saya ingin membicarakan pasal ketepatan pengiraan untung dalam ' Income statement', sape yang belajar accounting taulah. Ini kerana standard bagi accounting report ini sering dibahaskan oleh accountant accountant dan ada perubahan dibuat dari masa ke semasa.Ada juga sesetengah negara yang menggunakan standard accounting yang berbeza dengan negara negara lain. Jadi dah nampaklah bahawa konsep konsep yang digunakan didalam pengiraan keuntungan memberikan impak yang besar terhadap keuntungan yang dikira.
      Antara accounting concept yang saya amat tidak berpuas hati ialah 'Historical Cost'. Disini saya beri contohnya:

Situasi-Pada tahun awal 2011 ada satu syarikat beli tanah, free hold land. Harga pada masa itu RM 1 Juta. Jadi, pada akhir tahun dekat balance sheet ditulis tanah tu pada harga RM 1 Juta lah kn. Btol kan? Jadi pada tahun 2011 sayrikat tu tidak memperolehi untung dari harga tanah tu sebab harga yang direkodkan tetap RM 1 juta.

Konflik- Cuba bayangkan kalau harga tanah tu naik kepada RM 2 juta pada akhir tahun 2011 dimana tarikh yang sama balence sheet ditulis. Mungkin kerana permintaan tanah di kawasan itu untuk dimajukan atau sebagainya. Syarikat itu tetap tidak memperolehi untung dari kenaikkan harga tanah yang dia beli.

Kesimpulannya-Pelabur bagi syarikat itu yang kene tipu dengan syarikat itu sebab pelabur itu dapat keuntungan yang sedikit padahal hakikatnya syarikat itu memperolehi untung yang berganda. Kemana pergi RM 1 juta untung kenaikkan harga tanah? semua pergi ke pelabur yang melabur apabila syarikat itu merekodkan harga tanah itu pada RM 2 juta. Contohnya pada waktu syarikat itu nak jual tanah tersebut. Kesian...

Oleh itu gunalan konsep 'real value' bagi mengantikan 'historical cost'

    

Saturday 24 November 2012

Umpama pokok tanpa buah

Assalamualaikum semua,

Di sini saya hendak berkongsi dengan kalian semua tentang ilmu. Hendak lagi spesific ialah Ilmu Agama Islam. Agak sedih kerana sebahagian besar golongan masyarakat yang saya tinggal hanya mempelajari ilmu hanya semata mata untuk lulus didalam matapelajaran yang mereka ambil. Sebelum hari peperiksaan sibuk menghafal dan memahami segala bentuk ilmu yang terdapat didalam sylibus pembelajaran. Tetapi malangnya segala ilmu yang kebanyakkan mereka tuntut hanya diakhiri dengan gred yang mereka perolehi didalam keputusan peperiksaan. Habis madu sepah dibuang. Tidak sekali saya nampak kebanyakkan mereka mengamalkan ilmu yang mereka tuntut, hanya untuk gred mereka didalam slip keputusan pepereksaan. Agak sedih apabila ketika saya sedang membaca buku seorang sahabat menegur bahawa jika terdapat kuiz untuk buku yang saya baca. Saya menjawab bahawa saya ingin menambah ilmu pengatahuan. Oleh itu saya ingin berpesan supaya kita amalkan segala ilmu yang kita perolehi supaya ilmu itu bertambah dan bermanfaat. Bukan hanya luput bersama slip keputusan peperiksaan kita. Ilmu yang sebenar bukan terletak pada slip keputusan pepereksaan, tetapi terletak di dada. Jika banyak ilmu tetapi tidak diamalka umpama pokok yang tidak berbuah, tiada gunalah pokok itu hidup subur jika tiada hasilnya. Oleh itu saya mendoakan agar anda sekalian mengamalkan segala ilmu yang masih ada di dada anda sekalian.
Amin

Saturday 7 July 2012

e=mc2 so m=e/c2

Sapa yang ambik aliran sains mesti tau apa guna fomula  e=mc2 , e= energy, m=mass c= light speed (3x10^8), tu cuma dia punya absoulte value jee, kalau nak lagi tepat tengok dekat kalkulator saintifik korang, cari nilai bagi constant c, sebenarnya tak sampai 3x10^8 pon.. Jadi apa yang korang belajar selama ini salah lah kan, apa apa hal itu semua adalah untuk memudahkan kita belajar. Jadi kalau pandai sangat tu janganlah sombong yeee. Kita baru sahaja belajar sikit sahaja.


 Berdasarkan fomula ini mass,jisim, apa apa benda yang boleh ditarik dengan graviti boleh ditukarkan kepada tenaga. Inilah yang diaplikasikan didalam reaktor nuklear, jisim uranium akan hilang dan jisim yang hilang itu akan ditukar kepada tenaga, biasanya jadi tenaga haba dan electromagnetic wave ( kalau kuat sangat itu namanya radioaktif), Tetapi pada zaman sekarang bukan jisim semua benda berjaya ditukarkan kepada tenaga. Ini menunjukkan bahawa manusia ini masih belum cukup pandai lagi.


 Fomula itu juga menunjukkan bahawa tenaga juga boleh ditukarkan kepada jisim, jadi itulah yang menjadi asas kepada ahli saintis yang ingin mencipta mesin teleport, boleh bawa benda kemana sahaja, asas operasinya ialah mula mula tukar jisim benda itu kepada tenaga kemudian pindahkan [tenaga kepada lokasi destinasi dan akhirnya tukarkan balik tenaga kepada jisim benda tersebut. Tetapi sampai sekarang masih belum ada yang boleh berjaya lagi. Sebenarnya saintis zaman sekarang yang ketinggalan zaman, orang dulu dulu ada ilmu ghaib, boleh pergi mana mana dengan senang sahaja. Tetapi malang kebanyakkan mereka tidak mengakui akan wujudnya akan pekara pekara tersebut. Sebenarnya aku pon tak tau apa aku tulis ni..

Monday 25 June 2012

Berjaya di Akhirat Kerana Berjaya di Dunia

Berjaya, lain orang lain pandangannya, lain orang lain rasanya. Walauapapun pandangan dan harapan tentang kejayaan,kejayaan yang mutlak dan abadi ialah kejayaan di akhirat yakni di masukkan kedalam syurga yang kekal abadi untuk selamanya. Seperti tajuk artikal kali ini, "Berjaya di Akhirat" bermaksud seperti yang anda semua fikirkan, mendapat rahmat Allah SWT dan seterusnya dimasukkan ke dalam syurga.

 Lain pula pandangan saya tentang 'Berjaya di dunia', bagi saya berjaya di dunia bermaksud berjaya mengharungi segala dugaan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya dan dapat mengumpul pahala dengan banyaknya semasa hayatnya di dunia. Mungkin ada diantara anda yang berfikir bahawa Berjaya Di Dunia bermaksud kejayaan duniawi, yang diukur berdasarkan pangkat, nama dan harta.

 Kesimpulanya saya akan lebih memandang tinggi orang yang berjaya mengumpul banyak bekalan untuk dibawa ke akhirat daripada orang yang berjaya didunia dengan harta duniawi. Tetapi jika seseorang itu berjaya mencari bekalan yang cukup didunia untuk dibawa ke akhirat dan berjaya mencari harta duniawi juga, itu lagi bagus. Seimbang dunia dan akhirat..

Thursday 7 June 2012

Sekarang


Di dunia sekarang yang penuh dengan tipu helah dari manusia dan setan, apakah yang anda boleh percaya sekarang? Mungkin maklumat yang anda dengar dari orang ramai hanya fitnah semata mata, dan apa yang anda lihat di depan mata hanya lakonan semata mata. Jadi apa yang betul sekarang? Masa hadapan sememangnya tidak dapat kita jangka, sejarah pula mungkin hanya pembohongan semata mata, dan berita yang kita dengar mungkin hanya fitnah semata mata.

 Jadi kita umpama berada di satu tempat yang kelilingnya kita tidak dapat duga. Kita hanya berdiri di suatu tepat yang rata dan dikelilingi lubang yang dalam. Kita dipaksa melangkah kehadapan oleh masa yang tidak akan berhenti. Dihadapan kita sememangnya kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. Dibelakang kita pula mungkin tidak tepat dah hanya rekaan semata mata. Kiri dan kanan kita mungkin tipu helah yang direka untuk melalaikan kita. Walaubagaimanapun kita terpaksa terus berjalan kehadapan, selangkah demi selangkah, menempuh apa yang kita tidak mampu duga dari masa hadapan. Langkah yang kita tinggalkan mungkin akan dimanipulasi oleh orang dikiri dan kanan mereka untuk kepentingan mereka. Apabila kita menoleh ke belakang, sejarah yang kita buat dan kita tahu kebenarannya mungkin tidak sama dengan apa yang tertulis di sejarah dunia.
 
Kesimpulannya, kita sebagai makhluk yang terbatas sememangnya tidak tahu apa apa tentang dunia ini. Persekitaran ini mungkin dicipta hanya untuk menduga kita. Jadi kita hanya boleh percaya diri sendiri dan apa yang kita buat sekarang adalah mencerminkan kita sekarang, bukan sejarah kita dah juga bukan ramalan masa hadapan. Oleh itu, kita adalah diri kita sekarang. "We Are What We Are Now" 

Tuesday 29 May 2012

Saintis cipta atau hanya jumpa fomula sains?

 Salah satu sebab saya tidak mahu jadi ahli saintis ialah ramai ahli saintis tidak percaya tuhan. Kalau anda nak tahu banyak banyak buku sains saya baca cuba nak kata tuhan tidak wujud. Padahal apa yang mereka jumpa dari kajian mereka menunjukkaan tuhan itu wujud. Soalan yang ingin saya ajukan kepada ahli saintis yang tidak percaya kewujudan tuhan ialah siapa yang mencipta fomula fizik yang anda jumpa?


 Mengapa saya kata ahli saintis hanya jumpa bukannya cipta? Ini kerana yang cipta fomula fizik itu hanya tuhan. Tiada siapa yang boleh cipta fomula yang seimbang selurih alam dan boleh disubtitute semua fomula fizik melainkan tuhan. Apabila ahli saintis menjumpai fomula, mereka akan mengatakan yang mereka telah mencipta fomula tersebut. Hakikatnya mereka hanya menjumpai fomula yang diaplikasikan dalam kajian yang mereka buat. Jadi kebanyakan saintis yang gila nama akan menamakan fomula yang mereka jumpa atas nama mereka. Padahal fomula itu semua dicipta oleh tuhan. Oleh itu kepada bakal bakal saintis jaganlah kamu riak apabila mejumpa fomula dan lupa siapa yang mencipta fomula yang kamu jumpa. 

 Soalan lain yang saya ingin tanya kepada para saintis yang atheis ialah bagaimana sel hidup pertama tercipta? Ini kerana saya pernah terbaca buku yang mengatakan bahawa bahawa sel pertama tercipta berbilion bilion tahun dahulu dengan 3 faktor; suhu yang sesuai: bahan yang sesuai dan keadaan yang sesuai. Buku itu mangatakan bahawa sel pertama tercipta secara random atau tidak sengaja apabila keadaan tersebut sesuai, Jadi saya ingin mencabar para saintis yang tidak percaya kewujudan tuhan supaya mencipta sel hidup daripada bahan mati dengan bantuan teknologi moden yang mereka ada. Apalah susah susah buat kajian mencari asal usul kita, buka kitab Al Quran kan ada.

Seterusnya saya ingin menyentuh tenteng teori evousi Charles Darwin yang mengatakan bahawa manusia berasal daripada haiwan primitif yang berevolusi menjadi manusia. Senang cerita itu orang inginkata manusia berasal dari beruk. Padahal hakikatnya beruk yang berasal daripada manusia seperti yang pernah saya dengar dari cerita kisah kisah para nabi sewaktu zaman saya masih kecil dahulu. Allah telah menghukum orang yahudi yang menangkap ikan pada hari sabtu.

Ingatlah juga apa jua ilmu yang kita jumpa ibarat setitik air di lautan. Jadi jaganlah berputus asa membuat kajian demi memajukan umat manusia. Terus terang saya katakan saya sebenarnya minat bidang sains tetapi saya tidak mahu melanjutkan pelajaran saya dalam bidang sains kerana ilmu zaman sekarang banyak dimanipulasi demi kepentingan tertentu terutamanya harta, kuasa dan nama.