Tuesday 29 May 2012

Saintis cipta atau hanya jumpa fomula sains?

 Salah satu sebab saya tidak mahu jadi ahli saintis ialah ramai ahli saintis tidak percaya tuhan. Kalau anda nak tahu banyak banyak buku sains saya baca cuba nak kata tuhan tidak wujud. Padahal apa yang mereka jumpa dari kajian mereka menunjukkaan tuhan itu wujud. Soalan yang ingin saya ajukan kepada ahli saintis yang tidak percaya kewujudan tuhan ialah siapa yang mencipta fomula fizik yang anda jumpa?


 Mengapa saya kata ahli saintis hanya jumpa bukannya cipta? Ini kerana yang cipta fomula fizik itu hanya tuhan. Tiada siapa yang boleh cipta fomula yang seimbang selurih alam dan boleh disubtitute semua fomula fizik melainkan tuhan. Apabila ahli saintis menjumpai fomula, mereka akan mengatakan yang mereka telah mencipta fomula tersebut. Hakikatnya mereka hanya menjumpai fomula yang diaplikasikan dalam kajian yang mereka buat. Jadi kebanyakan saintis yang gila nama akan menamakan fomula yang mereka jumpa atas nama mereka. Padahal fomula itu semua dicipta oleh tuhan. Oleh itu kepada bakal bakal saintis jaganlah kamu riak apabila mejumpa fomula dan lupa siapa yang mencipta fomula yang kamu jumpa. 

 Soalan lain yang saya ingin tanya kepada para saintis yang atheis ialah bagaimana sel hidup pertama tercipta? Ini kerana saya pernah terbaca buku yang mengatakan bahawa bahawa sel pertama tercipta berbilion bilion tahun dahulu dengan 3 faktor; suhu yang sesuai: bahan yang sesuai dan keadaan yang sesuai. Buku itu mangatakan bahawa sel pertama tercipta secara random atau tidak sengaja apabila keadaan tersebut sesuai, Jadi saya ingin mencabar para saintis yang tidak percaya kewujudan tuhan supaya mencipta sel hidup daripada bahan mati dengan bantuan teknologi moden yang mereka ada. Apalah susah susah buat kajian mencari asal usul kita, buka kitab Al Quran kan ada.

Seterusnya saya ingin menyentuh tenteng teori evousi Charles Darwin yang mengatakan bahawa manusia berasal daripada haiwan primitif yang berevolusi menjadi manusia. Senang cerita itu orang inginkata manusia berasal dari beruk. Padahal hakikatnya beruk yang berasal daripada manusia seperti yang pernah saya dengar dari cerita kisah kisah para nabi sewaktu zaman saya masih kecil dahulu. Allah telah menghukum orang yahudi yang menangkap ikan pada hari sabtu.

Ingatlah juga apa jua ilmu yang kita jumpa ibarat setitik air di lautan. Jadi jaganlah berputus asa membuat kajian demi memajukan umat manusia. Terus terang saya katakan saya sebenarnya minat bidang sains tetapi saya tidak mahu melanjutkan pelajaran saya dalam bidang sains kerana ilmu zaman sekarang banyak dimanipulasi demi kepentingan tertentu terutamanya harta, kuasa dan nama.

3 comments:

  1. nice side of view...bersyukur aku sebab kau tak cerita kat aku semua ni sebab kalau kau cakap kat aku mungkin aku x paham, bila kau tulis baru aku paham (:

    ReplyDelete
  2. peh!! bgos2.. satu benda yang perlu diperbetulkan kepada saistis2 yang pandai tetapi masih jahil bahawa segala yang ada adalah milik Allah..

    ReplyDelete