Tuesday 27 November 2012

Kenapa duit kita dekat bank dapat interest?

       Kalau korang nak tau sekarang duit korang yang dekat dalam buku akaun bank korang just on figure jee. Duit korang bukanya disimpan dekat dalam peti besi bank tu, tetapi bank itu dia kasi pinjam dekat pelangan dengan kadar interest yang lebih tinggi daripada korang dapat. Jadi perbezaan kadar interest itu akan jadi keuntungan bank dan digunakan untuk bayar gaji pekerja diaorang. Jadi duit korang bukanya selamat dekat dalam bank tu pun, kalau bank tu rugi seterusnye muflis sebab pelangan bank tersebut tidak bayar balik duit yang dia pinjam kepada bank itu, duit korang yang korang simpan dekat dalam bank tu kira burn je lah. Jadi sesiapa yang simpan duit dekat dalam bank pon ada jugak dia punya risiko yee. Jadi saya disini juga membangkang statement  pensyarah saya cakap bahawa duit yang disimpan di dalam bank tidak bergerak di dalam pasaran. Ini kerana duit yang disimpan didalam bank akan dikeluarkan balik oleh bank kedalam pasaran dalam bentuk pinjaman.  Jadi adalah lagi bagus kalau korang labur korang punya duit sahaja, pulangan yang korang dapat nanti bukanya haram macam interest yang korang dapat dari bank itu.

 Lagi satu sebab ialah inflasi. Inflasi ini adalah nilai duit semakin berkurang, contohnya 10 tahun lepas roti canai baru je50 sen, tetapi sekarang satu seringgit. Jadi bank ne kata dia nak kasi nilai duit korang sama lah tanpa dijejaskan oleh inflasi. Tetapi apa pulak berlaku kalau diflasi, maksudnya nilai duit korang semakin bertambah, terbalik dengan inflasi. Adakah duit korang kat dalam bank nanti kene potong?? Haha pikirlah sendiri..

No comments:

Post a Comment