Thursday 7 June 2012

Sekarang


Di dunia sekarang yang penuh dengan tipu helah dari manusia dan setan, apakah yang anda boleh percaya sekarang? Mungkin maklumat yang anda dengar dari orang ramai hanya fitnah semata mata, dan apa yang anda lihat di depan mata hanya lakonan semata mata. Jadi apa yang betul sekarang? Masa hadapan sememangnya tidak dapat kita jangka, sejarah pula mungkin hanya pembohongan semata mata, dan berita yang kita dengar mungkin hanya fitnah semata mata.

 Jadi kita umpama berada di satu tempat yang kelilingnya kita tidak dapat duga. Kita hanya berdiri di suatu tepat yang rata dan dikelilingi lubang yang dalam. Kita dipaksa melangkah kehadapan oleh masa yang tidak akan berhenti. Dihadapan kita sememangnya kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. Dibelakang kita pula mungkin tidak tepat dah hanya rekaan semata mata. Kiri dan kanan kita mungkin tipu helah yang direka untuk melalaikan kita. Walaubagaimanapun kita terpaksa terus berjalan kehadapan, selangkah demi selangkah, menempuh apa yang kita tidak mampu duga dari masa hadapan. Langkah yang kita tinggalkan mungkin akan dimanipulasi oleh orang dikiri dan kanan mereka untuk kepentingan mereka. Apabila kita menoleh ke belakang, sejarah yang kita buat dan kita tahu kebenarannya mungkin tidak sama dengan apa yang tertulis di sejarah dunia.
 
Kesimpulannya, kita sebagai makhluk yang terbatas sememangnya tidak tahu apa apa tentang dunia ini. Persekitaran ini mungkin dicipta hanya untuk menduga kita. Jadi kita hanya boleh percaya diri sendiri dan apa yang kita buat sekarang adalah mencerminkan kita sekarang, bukan sejarah kita dah juga bukan ramalan masa hadapan. Oleh itu, kita adalah diri kita sekarang. "We Are What We Are Now" 

No comments:

Post a Comment