Monday 25 June 2012

Berjaya di Akhirat Kerana Berjaya di Dunia

Berjaya, lain orang lain pandangannya, lain orang lain rasanya. Walauapapun pandangan dan harapan tentang kejayaan,kejayaan yang mutlak dan abadi ialah kejayaan di akhirat yakni di masukkan kedalam syurga yang kekal abadi untuk selamanya. Seperti tajuk artikal kali ini, "Berjaya di Akhirat" bermaksud seperti yang anda semua fikirkan, mendapat rahmat Allah SWT dan seterusnya dimasukkan ke dalam syurga.

 Lain pula pandangan saya tentang 'Berjaya di dunia', bagi saya berjaya di dunia bermaksud berjaya mengharungi segala dugaan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya dan dapat mengumpul pahala dengan banyaknya semasa hayatnya di dunia. Mungkin ada diantara anda yang berfikir bahawa Berjaya Di Dunia bermaksud kejayaan duniawi, yang diukur berdasarkan pangkat, nama dan harta.

 Kesimpulanya saya akan lebih memandang tinggi orang yang berjaya mengumpul banyak bekalan untuk dibawa ke akhirat daripada orang yang berjaya didunia dengan harta duniawi. Tetapi jika seseorang itu berjaya mencari bekalan yang cukup didunia untuk dibawa ke akhirat dan berjaya mencari harta duniawi juga, itu lagi bagus. Seimbang dunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment