Saturday 24 November 2012

Umpama pokok tanpa buah

Assalamualaikum semua,

Di sini saya hendak berkongsi dengan kalian semua tentang ilmu. Hendak lagi spesific ialah Ilmu Agama Islam. Agak sedih kerana sebahagian besar golongan masyarakat yang saya tinggal hanya mempelajari ilmu hanya semata mata untuk lulus didalam matapelajaran yang mereka ambil. Sebelum hari peperiksaan sibuk menghafal dan memahami segala bentuk ilmu yang terdapat didalam sylibus pembelajaran. Tetapi malangnya segala ilmu yang kebanyakkan mereka tuntut hanya diakhiri dengan gred yang mereka perolehi didalam keputusan peperiksaan. Habis madu sepah dibuang. Tidak sekali saya nampak kebanyakkan mereka mengamalkan ilmu yang mereka tuntut, hanya untuk gred mereka didalam slip keputusan pepereksaan. Agak sedih apabila ketika saya sedang membaca buku seorang sahabat menegur bahawa jika terdapat kuiz untuk buku yang saya baca. Saya menjawab bahawa saya ingin menambah ilmu pengatahuan. Oleh itu saya ingin berpesan supaya kita amalkan segala ilmu yang kita perolehi supaya ilmu itu bertambah dan bermanfaat. Bukan hanya luput bersama slip keputusan peperiksaan kita. Ilmu yang sebenar bukan terletak pada slip keputusan pepereksaan, tetapi terletak di dada. Jika banyak ilmu tetapi tidak diamalka umpama pokok yang tidak berbuah, tiada gunalah pokok itu hidup subur jika tiada hasilnya. Oleh itu saya mendoakan agar anda sekalian mengamalkan segala ilmu yang masih ada di dada anda sekalian.
Amin

No comments:

Post a Comment